Memahami bacaan
pada Ujian Kolesterol Anda (lipid studies)
Paras kolesterol seharusnya diuji
sekurang-kurangnya 5 tahun sekali selepas umur 20 tahun.
Ujian Kolesterol ini biasanya di
panggil Lipid Studies. Pakar kesihatan menyarankan lelaki yang berumur 35 tahun
ke atas dan wanita berumur 45 tahun ke atas lebih kerap memeriksa tahap
kolesterol dalam darah.
Profil lipoprotein ini merangkumi
§ LDL (low-density lipoprotein cholesterol),
Kolesterol tidak baik
§ HDL (high-density lipoprotein
cholesterol,)Kolesterol baik
§ Trigliserida (lemak yang dibawa dalam darah hasil
makanan yang kita makan.Lebihan kalori,alkohol,gula akan ditukar kepada
triglesirida dan disimpan di dalam tisu lemak di dalam badan)
Mari kita lihat apa yang dimaksudkan
dengan nombor-nombor pada profil lipid dalam ujian darah anda.
LDL
LDL boleh terkumpul di sepanjang
dinding arteri dan meninggikan risiko penyakit jantung. Sebab itu LDL digelar
sebagai kolesterol jahat. LDL rendah bermakna risiko penyakit jantung rendah.
Unit ukuran dalam mg/dl dan juga mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan
LDL dan maksudnya.
Paras LDL (mg/dl)
|
Status
|
kurang dari 100
|
Optimal
|
100 -- 129
|
mendekati optimal/menjauhi optimal
|
130 -- 159
|
hampir tinggi
|
160 -- 189
|
Tinggi
|
190 and above
|
Sangat Tinggi
|
dlm cth di atas bacaan pesakit ini
adalah 155 mg/dl @ 4.0 mmol/L menurut carta di atas pesakit ini berada dalam
kedudukan hampir tinggi dan berisiko menerima sakit jantung.
Menurut pandangan
pakar kesihatan, paras LDL untuk pesakit jantung atau penyakit salur darah
harus berusaha untuk merendahkan paras LDL di bawah 70 mg/dl. Untuk yang
mengidap kencing manis atau penyakit yang berisiko kepada sakit jantung adalah
merendahkan paras LDL di bawah 100 mg/dl.
HDL
HDL atau Kolesterol baik , lebih
tinggi bacaan HDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana HDL
adalah pelindung yang bertanggungjawab mengeluarkan kolesterol jahat dalam
darah dan mengelakkan HDL terkumpul di arteri.Unit ukuran adalah mg/dl dan
mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan
HDL dan maksudnya.
Paras HDL
|
Status
|
60 dan ke atas
|
Tinggi,Kurang Risiko penyakit jantung
|
Lelaki 40 dan kebawah , wanita 50 dan ke bawah
|
Rendah, berisiko untuk penyakit jantung
|
Dalam contoh di atas bacaan HDL
pesakit ini adalah 39 mg/dl atau 1.0 mmol/L dan berisiko penyakit jantung.
TRIGLISERIDA
Trigliserida adalah
bentuk kimia di mana lemak wujud di dalam makanan dan badan. Paras Trigliserida yang tinggi meninggikan risiko sakit arteri
koronari . Unit ukuran adalah mg/dl dan mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan
TG dan maksudnya.
Paras Trigliserida
|
Status
|
Kurang dari 150
|
Normal
|
150 -- 199
|
Pertengahan tinggi
|
200 -- 499
|
Tinggi
|
500 ke atas
|
Sangat Tinggi
|
Dalam contoh di atas bacaan pesakit
adalah 123 mg/l atau 1.4 mmol/L, masih dalam paras normal dan kurang risiko
untuk menerima sakit arteri koronari.
JUMLAH KOLESTEROL DARAH
Jumlah kolesterol anda gabungan
LDL,HDL dan beberapa komponen lipid yang lain.Pakar perubatan mencadangkan
paras selamat adalah di bawah 200 mg/dl
Jadual di bawah menunjukkan kandungan
Jumlah Kolesterol dan maksudnya.
Dalam contoh di atas bacaan Jumlah
kolesterol adalah 22oml/dl atau 5.7 mmol/L, bacaan ini adalah tinggi sedikit
dan melebihi paras selamat yang dicadangkan oleh doktor.
Jumlah Kolesterol
|
Status
|
Kurang dari 200
|
Baik
|
200 -- 239
|
Tinggi Sedikit
|
240 dan keatas
|
Tinggi
|





