Tuesday, 12 November 2013

MEMAHAMI UJIAN KOLESTROL ANDA


Memahami bacaan pada Ujian Kolesterol Anda (lipid studies)
Paras kolesterol seharusnya diuji sekurang-kurangnya 5 tahun sekali selepas umur 20 tahun.
Ujian Kolesterol ini biasanya di panggil Lipid Studies. Pakar kesihatan menyarankan lelaki yang berumur 35 tahun ke atas dan wanita berumur 45 tahun ke atas lebih kerap memeriksa tahap kolesterol dalam darah.
Profil lipoprotein ini merangkumi
§  LDL (low-density lipoprotein cholesterol), Kolesterol tidak baik
§  HDL (high-density lipoprotein cholesterol,)Kolesterol baik
§  Trigliserida (lemak yang dibawa dalam darah hasil makanan yang kita makan.Lebihan kalori,alkohol,gula akan ditukar kepada triglesirida dan disimpan di dalam tisu lemak di dalam badan)
Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor pada profil lipid dalam ujian darah anda.
cth bacaan lipid profail







LDL
LDL boleh terkumpul di sepanjang dinding arteri dan meninggikan risiko penyakit jantung. Sebab itu LDL digelar sebagai kolesterol jahat. LDL rendah bermakna risiko penyakit jantung rendah. Unit ukuran dalam mg/dl dan juga mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan LDL dan maksudnya.
Paras LDL (mg/dl)
Status
kurang dari 100
Optimal
100 -- 129
mendekati optimal/menjauhi optimal
130 -- 159
hampir tinggi
160 -- 189
Tinggi
190 and above
Sangat Tinggi
dlm cth di atas bacaan pesakit ini adalah 155 mg/dl @ 4.0 mmol/L menurut carta di atas pesakit ini berada dalam kedudukan hampir tinggi dan berisiko menerima sakit jantung.
Menurut pandangan pakar kesihatan, paras LDL untuk pesakit jantung atau penyakit salur darah harus berusaha untuk merendahkan paras LDL di bawah 70 mg/dl. Untuk yang mengidap kencing manis atau penyakit yang berisiko kepada sakit jantung adalah merendahkan paras LDL di bawah 100 mg/dl.
HDL
HDL atau Kolesterol baik , lebih tinggi bacaan HDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana HDL adalah pelindung yang bertanggungjawab mengeluarkan kolesterol jahat dalam darah dan mengelakkan HDL terkumpul di arteri.Unit ukuran adalah mg/dl dan mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan HDL dan maksudnya.
Paras HDL
Status
60 dan ke atas
Tinggi,Kurang Risiko penyakit jantung
Lelaki 40 dan kebawah , wanita 50 dan ke bawah
Rendah, berisiko untuk penyakit jantung
Dalam contoh di atas bacaan HDL pesakit ini adalah 39 mg/dl atau 1.0 mmol/L dan berisiko penyakit jantung.
TRIGLISERIDA
Trigliserida adalah bentuk kimia di mana lemak wujud di dalam makanan dan badan. Paras Trigliserida yang tinggi meninggikan risiko sakit arteri koronari . Unit ukuran adalah mg/dl dan mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan TG dan maksudnya.
Paras Trigliserida
Status
Kurang dari 150
Normal
150 -- 199
Pertengahan tinggi
200 -- 499
Tinggi
500 ke atas
Sangat Tinggi
Dalam contoh di atas bacaan pesakit adalah 123 mg/l atau 1.4 mmol/L, masih dalam paras normal dan kurang risiko untuk menerima sakit arteri koronari.
JUMLAH KOLESTEROL DARAH
Jumlah kolesterol anda gabungan LDL,HDL dan beberapa komponen lipid yang lain.Pakar perubatan mencadangkan paras selamat adalah di bawah 200 mg/dl
Jadual di bawah menunjukkan kandungan Jumlah Kolesterol dan maksudnya.
Dalam contoh di atas bacaan Jumlah kolesterol adalah 22oml/dl atau 5.7 mmol/L, bacaan ini adalah tinggi sedikit dan melebihi paras selamat yang dicadangkan oleh doktor.
Jumlah Kolesterol
Status
Kurang dari 200
Baik
200 -- 239
Tinggi Sedikit
240 dan keatas
Tinggi

KESIHATAN JANTUNG ANDA


Kesihatan Jantung: Kolesterol Anda Boleh Dikawal!

Categories: 
Terlebih kolesterol, tak dapat dilihat, tak dapat didengar. Tetapi apabila kolesterol melebihi tahap yang diperlukan, anda akan berdepan dengan risiko terjadinya sakit jantung, strok, and pelbagai jenis penyakit kardiovaskular lain. Campurkan tinggi kolesterol dengan lain-lain penyakit (keluarga yang mempunyai sejarah sakit jantung, lelaki berumur lebih 45 tahun dan perempuan berumur lebih 55 tahun, perokok, atau mempunyai darah tinggi dan kencing manis) anda akan berada dalam keadaan lebih bermasalah. Apa perlu anda lakukan? Pastikan sebatian lembut seakan lemak ini, kolesterol, dijaga dalam gaya hidup sihat rendah kolesterol disyorkan seperti di bawah:

Panduan Gaya Hidup Rendah-Kolesterol 
Sudahkan tahap kolesterol anda diperiksa? sekerap yang disyorkan doktor? Dengan membuat pemeriksaan secara kerap, anda dapat tahu tahap sihat kolesterol anda. Anda boleh mengawal kolesterol dengan mengubah cara makan, dan menurut langkah pencegahan seperti disarankan dalam artikel ini. Dengan berbuat seperti disyorkan, anda dapat mengelakkan diri dari risiko sakit jantung dan pelbagai penyakit lain berpunca dari kolesterol.

1. Pemeriksaan Tahap Kolesterol
Pemeriksaan darah yang ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana hospital dan klinik, langkat paling bijak dalam mengetahu tahap kolesterol anda.

2. Mengubah Pemakanan
Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol.

3. Senaman Dan Latihan Fizikal
Bantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, boleh membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan keinginan untuk merokok.

Adakah Anda Mengamalkan Gaya Hidup Tinggi Kolesterol?
Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.

1. Makanan Yang Anda Beli
- beli banyak makanan proses dan makanan segera
- beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan cheese
- beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.

2. Apa Yang Anda Makan
- makan banyak makanan goreng
- suka makanan berkrim dan dicurah sos
- makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat

3. Cara Hidup Anda
- telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
- tidak bersenam secara berkala
- suka merokok

Memahami Kolesterol
Kolesterol adalah sebatian seperti lemak yang membantu badan anda menggunakan lemak, memberi tenaga kepada saraf dan tisu otak dan membantu membuat hormon. Kolesterol dan lemak dibawa bersama dalam salur darah dalam pakej dinamakan liporotein. Biasanya sistem pengangkutan badan ini berkesan, tetapi jika anda makan makanan berlemak secara berlebihan, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, yang lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah.

Kolesterol yang anda makan dicerna dan dihantar ke organ hati (bukan jantung) untuk diproses. Hati anda kemudiannya mempakej kolesterol tadi untuk diedarkan ke seluruh bahagian badan.

Dimana Asalnya Kolesterol
Organ hati anda. Lebih banyak lemak anda makan, lebih tinggi kadar kolesterol dihasilkan hati. Sebahagian kolesterol juga berasal dari makanan tinggi kolesterol yang anda makan. Untuk mengankut kolesterol dan lemak ke seluruh badan, hati membuat pakej lipoprotein daripada gabungan lipid (lemak dan kolesterol) dan protein.

Jenis-Jenis Kolesterol
Ada 3 jenis kolesterol: VLDL (very low-density lipoprotein), LDL (low-density lipoprotein), dan HDL (high-density lipoprotein). Tiap satu dengan tugas berlainan dalam badan.

1. VLDL
Membawa lemak dari hati ke bahagian lain badan. VLDL menjadi LDL apabila banyak lemak digunapakai.

2. LDL
Dinamakan 'kolesterol jahat' kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.

3. HDL
Dipanggil 'kolesterol baik' kerana ia mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.

Bagaimana Kolesterol Berfungsi
Pakej kolesterol membawa lemak dari hati ke destinasi di seluruh badan menggunakan salur darah sebagai lebuhraya. Selepas membuat penghantaran, kolesterol kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi.

1. Lemak Dihantar ke Organ Hati
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan.

2. Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!) untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah.

3. Sebahagian LDLs Terperangkap
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap (oh! saya tersekat, tolong!) pada dinding salur darah (macam sampah terperangkap sepanjang salur longkang), menyebabkan salur darah menjadi kecil.

4. HDLs Menyelamatkan LDLs
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan.

5. Jika Anda Makan Banyak Lemak
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku!

Lakukan Pemeriksaan Kolesterol
Langkah pertama dalam pengawalan kolesterol yang bijak adalah melakukan pemeriksaan kandungan kolesterol dalam darah. Pemeriksaan tahap kolesterol boleh dilalukan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta, klinik, pejabat doktor, booth-booth kesihatan di pasaraya dan sesetengah farmasi. Kebiasaannya pemeriksaan ini boleh dilakukan secara percuma atau dengan bayaran yang teramat murah. Sebaik sahaja anda tahu tentang tahap kolesterol anda, anda boleh mengetahui risiko anda terhadap serangan sakit jantung dan seterusnya memulakan langkah bijak ke arah pengawalan kolesterol yang berkesan.

1. Ujian Kolesterol
Ujian kolesterol ini biasanya dilakukan tanpa perlu persediaan. Bagaimanapun, anda kadang-kadang diharuskan untuk berpuasa dalam tempoh sehari sebelum membuat pemeriksaan kolesterol. Sampel darah akan diambil. Jika sampel darah ini dibawa ke makmal, beberapa hari diperlukan untuk anda mendapat keputusannya.



2. Bilangan Kolesterol
Kesemua ujian kolesterol akan memberi anda bacaan keseluruhan kolesterol. Anda juga mungkin diberi keputusan bilangan HDL dan LDL. Mungkin bilangan VDL tidak diberi.



3. Maksud Bilangan Kolesterol
Gunakan maksud di bawah untuk membaca keputusan ujian kolesterol anda.

- See more at: http://www.blog.khaltamarplus.com/2011/02/kesihatan-jantung-kolesterol-anda-boleh.html#sthash.TPJqnKZ6.dpuf

Sunday, 10 November 2013


Tak Pancit Lagi Dengan CoQ Health
By Mommy Lina
Sejak kecil saya tak pernah berpeluang ikuti aktiviti lasak. Salah satu sebabnya saya cepat penat, mudah pitam, pancit dan semput. Berlari 50 meter pun tak cukup untuk buat saya pengsan. Apa lagi marathon, tak pernah berjaya tamatkan dengan jayanya.
Hingga ke usia ni pun stamina saya untuk aktiviti fizikal ni memang haru. Pancit memanjang :(
Kalau jogging paling jauh boleh buat 1.5km je..
Tapi… Pertama kali buat trail running di Bukit Kiara selepas mengamalkan CoQ Health Plus dari Shaklee ni, saya sendiri pun terkejut dengan performance diri! Tidak ada rasa pancit, mengah pun tak ada.
Yang paling happy, semasa mendaki Gunung Hallasan di Pulau Jeju, Korea (gunung tertinggi di Korea Selatan), saya langsung tak mengah dan tak pancit!
Alhamdulillah, sungguh gembira rasanya. Bila badan rasa cergas, aktiviti fizikal pun boleh dibuat dengan gembira dan dihayati.
Sesiapa yang selalu mengah dan pancit, bolehlah cuba CoQ Health Plus ni. Memang best!

sms/wassup : 016-982 8825