Tuesday, 12 November 2013

MEMAHAMI UJIAN KOLESTROL ANDA


Memahami bacaan pada Ujian Kolesterol Anda (lipid studies)
Paras kolesterol seharusnya diuji sekurang-kurangnya 5 tahun sekali selepas umur 20 tahun.
Ujian Kolesterol ini biasanya di panggil Lipid Studies. Pakar kesihatan menyarankan lelaki yang berumur 35 tahun ke atas dan wanita berumur 45 tahun ke atas lebih kerap memeriksa tahap kolesterol dalam darah.
Profil lipoprotein ini merangkumi
§  LDL (low-density lipoprotein cholesterol), Kolesterol tidak baik
§  HDL (high-density lipoprotein cholesterol,)Kolesterol baik
§  Trigliserida (lemak yang dibawa dalam darah hasil makanan yang kita makan.Lebihan kalori,alkohol,gula akan ditukar kepada triglesirida dan disimpan di dalam tisu lemak di dalam badan)
Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor pada profil lipid dalam ujian darah anda.
cth bacaan lipid profail







LDL
LDL boleh terkumpul di sepanjang dinding arteri dan meninggikan risiko penyakit jantung. Sebab itu LDL digelar sebagai kolesterol jahat. LDL rendah bermakna risiko penyakit jantung rendah. Unit ukuran dalam mg/dl dan juga mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan LDL dan maksudnya.
Paras LDL (mg/dl)
Status
kurang dari 100
Optimal
100 -- 129
mendekati optimal/menjauhi optimal
130 -- 159
hampir tinggi
160 -- 189
Tinggi
190 and above
Sangat Tinggi
dlm cth di atas bacaan pesakit ini adalah 155 mg/dl @ 4.0 mmol/L menurut carta di atas pesakit ini berada dalam kedudukan hampir tinggi dan berisiko menerima sakit jantung.
Menurut pandangan pakar kesihatan, paras LDL untuk pesakit jantung atau penyakit salur darah harus berusaha untuk merendahkan paras LDL di bawah 70 mg/dl. Untuk yang mengidap kencing manis atau penyakit yang berisiko kepada sakit jantung adalah merendahkan paras LDL di bawah 100 mg/dl.
HDL
HDL atau Kolesterol baik , lebih tinggi bacaan HDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana HDL adalah pelindung yang bertanggungjawab mengeluarkan kolesterol jahat dalam darah dan mengelakkan HDL terkumpul di arteri.Unit ukuran adalah mg/dl dan mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan HDL dan maksudnya.
Paras HDL
Status
60 dan ke atas
Tinggi,Kurang Risiko penyakit jantung
Lelaki 40 dan kebawah , wanita 50 dan ke bawah
Rendah, berisiko untuk penyakit jantung
Dalam contoh di atas bacaan HDL pesakit ini adalah 39 mg/dl atau 1.0 mmol/L dan berisiko penyakit jantung.
TRIGLISERIDA
Trigliserida adalah bentuk kimia di mana lemak wujud di dalam makanan dan badan. Paras Trigliserida yang tinggi meninggikan risiko sakit arteri koronari . Unit ukuran adalah mg/dl dan mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan TG dan maksudnya.
Paras Trigliserida
Status
Kurang dari 150
Normal
150 -- 199
Pertengahan tinggi
200 -- 499
Tinggi
500 ke atas
Sangat Tinggi
Dalam contoh di atas bacaan pesakit adalah 123 mg/l atau 1.4 mmol/L, masih dalam paras normal dan kurang risiko untuk menerima sakit arteri koronari.
JUMLAH KOLESTEROL DARAH
Jumlah kolesterol anda gabungan LDL,HDL dan beberapa komponen lipid yang lain.Pakar perubatan mencadangkan paras selamat adalah di bawah 200 mg/dl
Jadual di bawah menunjukkan kandungan Jumlah Kolesterol dan maksudnya.
Dalam contoh di atas bacaan Jumlah kolesterol adalah 22oml/dl atau 5.7 mmol/L, bacaan ini adalah tinggi sedikit dan melebihi paras selamat yang dicadangkan oleh doktor.
Jumlah Kolesterol
Status
Kurang dari 200
Baik
200 -- 239
Tinggi Sedikit
240 dan keatas
Tinggi

No comments:

Post a Comment